Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Carvalho tidak mahu Portugal jadi mangsa

    DOHA, 4 DIS – Pemain tengah Portugal, William Carvalho berazam untuk membantu pasukannya mengelak daripada menjadi mangsa kepada kejutan Piala Dunia menentang Switzerland dalam aksi 16 terakhir pada Selasa.

    Arab Saudi menundukkan gergasi Argentina dan Jepun yang menewaskan kedua-dua pasukan kuat, Jerman dan Sepanyol, merupakan antara keputusan di luar jangka yang menyebabkan banyak pasukan pilihan berhatihati daripada menjadi mangsa seterusnya.

    Australia hampir-hampir mengheret Argentina ke masa tambahan pada Sabtu dan Carvalho mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perlawanan Portugal akan datang.

    “Saya pasti kami akan berdepan dengan pasukan Switzerland yang mempunyai pegangan bola yang banyak, dan kami telah diberikan amaran awal mengenainya,” kata pemain tengah Real Betis itu semasa sidang media pada Ahad. – AFP

    Pemain Portugal, William Carvalho (kiri), bersaing dengan pemain Korea Selatan, Son Jun-ho dalam aksi Kumpulan H, Piala Dunia 2022 di Qatar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...