Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Casablanca cetus fenomena di Indonesia

    Lagu dan video muzik Casablanca nyanyian duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mencipta fenomena apabila menjadi karya Malaysia pertama mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.

    Selain itu, lagu ciptaan bersama Daqmie dan Abdul Karim Al Ali itu turut berada di tangga teratas di Spotify Viral 50 Malaysia, Joox Malay Hits, Carta Top 10 RIM dan 100 Top Apple Music sejak dilancarkan 4 Jun lalu.

    Menerusi aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee GoodMedia itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial.

    Nuha berkata, dia tidak menjangkakan Casablanca mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat di Indonesia. Naufal pula tidak pernah menjangka lagu tersebut mampu pergi sejauh itu.

    Ditanya mengenai respons peminat terhadap kerjayanya, Naufal berkata, dia mula diikuti peminat baharu.

    Sementara itu, Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng berbangga dengan pencapaian yang diraih, sekali gus menjadikan Universal Music Malaysia dan BeeGood Media sebagai syarikat rakaman pertama berada di tangga teratas carta Spotify Viral Indonesia.

    Hermond berkata, pihaknya merakamkan jutaan terima kasih kepada pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau seluruh dunia yang menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena luar biasa. – Agensi

    Nuha (kiri) dan Naufal tidak menjangkakan lagu Casablanca mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat di Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...