Casemiro kekal hingga 2025

MADRID, 27 OGOS – Pemain tengah Real Madrid, Casemiro melanjutkan kontrak bersama kelab kepada dua tahun sehingga 2025, menurut pengumuman yang dibuat oleh kelab gergasi Sepanyol, hari ini.

Pemain kebangsaan Brazil berusia 29 tahun itu sebelum ini mempunyai perjanjian yang bakal tamat pada 2023.

Dia menyertai Karim Benzema, sehingga 2023, Thibaut Courtois, sehingga 2026 dan Federico Velverde yang kekal sehingga 2027, menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab pada tamat musim.

“Casemiro menandatangani kontrak sambungan di Cuidad Real Madrid, disaksikan oleh presiden kelab, Florentino Perez,” menurut kenyataan. “Pemain tengah Brazil kekal bersama kelab sehingga 30 Jun 2025.”

Pemain tersebut pernah menjulang empat kejuaraan Liga Juara-Juara dan dua kali memenangi gelaran La Liga sejak tiba ke Santiago Bernabeu dari Sao Paulo pada 2013.

Casemiro telah bersetuju dengan perjanjian baharu empat hari sebelum jendela perpindahan ditutup, dengan Madrid masih mengejar bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.- AFP