Casillas tarik diri sebagai calon presiden RFEF

MADRID, 16 JUN – Ketua pasukan pemenang Piala Dunia Sepanyol, Iker Casillas mengumumkan semalam bahawa dia akan mengundurkan diri daripada pencalonan sebagai presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) kerana krisis yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

“Saya ingin memberitahu anda bahawa saya telah memutuskan untuk tidak mencalonkan diri dalam pilihan raya RFEF yang akan datang,” jelas penjaga gol Porto itu di media sosial.

Pemain berusia 39 tahun itu mengatakan bahawa dia menarik diri dari perlumbaan untuk mendapatkan calon presiden bola sepak Sepanyol kerana “keadaan sosial, ekonomi dan kesihatan yang luar biasa yang diderita oleh negara kita sekarang.”

Dia mengatakan wabak COVID-19 yang telah meragut lebih 27,000 nyawa di negara ini telah menurunkan pilihannya ketempat kedua.

Casillas, yang memimpin Sepanyol memenangi trofi pertama Piala Dunia pada tahun 2010, telah mengumumkan niatnya untuk menentang presiden RFEF Luis Rubiales pada bulan Februari lalu.

Setelah itu dia mengundurkan diri akan memberi jalan yang mudah bagi Rubiales untuk mendapatkan mandat kedua dalam pilihan raya yang dijadualkan pada 17 Ogos nanti.

Casillas membuat penampilan sebanyak 167 kali untuk Sepanyol, juga memenangi dua kali kejohanan Euro pada 2008 dan 2012 dan membuat lebih dari 700 penampilan untuk Real Madrid, dia memenangi lima gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara tiga kali, sebelum beliau menyertai Porto pada 2015.

Casillas dinamakan sebagai pemain FIFA FIFPro World XI lima tahun berturut-turut antara tahun 2008 dan 2012. Dia mengalami serangan jantung pada bulan Mei 2019 semasa menjalani latihan dan sejak itu tidak lagi bermain pertandingan kompetitif. – AFP

Pemain Sepanyol, Iker Casillas ketika memegang kertas undian semasa undian akhir pertandingan bola sepak UEFA Euro 2020 di Bucharest pada 30 November lalu. Iker Casillas tidak akan mencalonkan dirinya sebagai presiden RFEF. – AFP