Casper Ruud ungguli Terbuka San Diego

LOS ANGELES, 4 OKT – Casper Ruud berjaya menewaskan Cameron Norrie 6-0, 6-2 untuk memenangi gelaran ATP San Diego semalam, gelaran kelima tahun ini dan yang pertama di gelanggang keras.

Pemain Norway itu, mempamerkan persembahan yang luar biasa di gelanggang tanah liat tahun ini merangkumi tiga gelaran dalam tiga minggu di Bastad, Gstaad dan Kitzbuhel pada bulan Julai lalu, telah bertarung dengan rentetan lawan yang sukar untuk merangkul gelaran di California.

Ruud memenangi perlawanan tiga set ke atas bekas pemain nombor tiga dunia Grigor Dimitrov pada separuh akhir, Ruud pemain pilihan kedua menguasai sepanjang perlawanan menentang Norrie yang menyingkirkan pemain pilihan utama, Andrey Rublev di separuh akhir.

Dia menggagalkan permainan servis pertama Norrie dan meraih kemenangan di set pembukaan.

Norrie kelihatan lebih tajam untuk membuka set kedua, tetapi Ruud mendahului 4-2 dan yakin menutup perlawanan selepas hanya 62 minit.

Ruud, yang hanya memenangi satu gelaran ATP sebelum tahun ini, menjadi pemain pertama yang memenangi lima gelaran musim ini.

Kemenangan itu akan menyaksikan dia naik ke tempat kelapan dalam Perlumbaan ke Turin ketika dia berusaha melayakkan diri ke Final ATP yang akan diadakan di bandar Itali pada 14 hingga 21 November.

Sebelum itu, pemain Britain, Cameron Norrie berjaya menewaskan pemain kelima dunia, Andrey Rublev 3-6, 6-3, 6-4 untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka San Diego.

“Pujian perlu diberikan kepada Andrey kerana dia sudah beraksi dengan baik. Dia mempamerkan aksi bertenaga sejak permulaan dan saya berjaya mengatasi keadaan cuaca ribut di set kedua untuk menang. – AFP

Casper Ruud dari Norway bergambar dengan trofi kemenangannya setelah mengalahkan Cameron Norrie dari Britain dalam perlawanan akhir Terbuka San Diego di Pusat Tenis Barnes, semalam. – AFP