Cat Farish berang kena prank

Sikap YouTuber dan penyanyi Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio menimbulkan kemarahan penyanyi rap Cat Farish.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan ‘content’ untuk saluran YouTube miliknya.

“Saya ini bila bekerja memang serius dan tak suka main-main yang membuang masa. Bukanlah bermaksud tak boleh bergurau langsung waktu kerja.

“Ada masa kita bergurau dan main-main tapi bila waktu betul-betul kerja itu kenalah serius. Dia datang studio ikut masa yang dah ditetapkan itu dah bagus dah. Tapi bila nak mula buat rakaman itu, dia boleh pula nak create content prank saya untuk saluran YouTube dia tanpa pengetahuan saya.

“Sepatutnya bila dah masuk studio untuk bekerja bukan nak buang masa saya dengan content prank!” kata kepada wartawan. Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) baru-baru ini meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masanya.

Tanpa menyebut nama individu tersebut, ahli kumpulan Ruffedge menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain. Dalam pada itu, Cat turut memberi nasihat kepada Zarol dan juga pendatang baharu yang ingin mengejar populariti tanpa memikirkan perasaan orang lain. – Agensi

Cat Farish menegaskan dia seorang yang serius dalam hal kerja. – Agensi