Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catalonia bakal umumkan kemerdekaan

    BARCELONA, 4 Okt – Sepanyol kini bersedia untuk satu pergolakan politik baharu, selepas pemimpin salah satu wilayahnya, Catalonia dijangka ‘mengisytiharkan kemerdekaan’ dalam tempoh beberapa hari lagi.

    Carles Puigdemont dalam temu bual dengan BBC berkata, kerajaan pimpinannya akan melakukan pengisytiharan itu pada hujung minggu ini atau awal minggu depan.

    Beliau berkata demikian selepas ratusan ribu penduduk Catalonia mengadakan perhimpunan membantah keganasan polis terhadap penduduk yang mengundi dalam pungutan suara kemerdekaan pada Ahad lalu.

    Kerajaan pusat dan mahkamah mengisytiharkan pungutan suara itu tidak sah, namun pemimpin Catalonia mendakwa keputusan pungutan suara berkenaan menunjukkan wilayah terbabit mempunyai hak untuk berpisah, selain boleh mengisytiharkan kemerdekaan secara sebelah pihak.

    “Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira,” kata Puigdemont dalam temu bual itu.

    Beliau berucap beberapa jam selepas Raja Sepanyol Felipe VI menegaskan ketegangan dengan mendesak pihak berkuasa untuk mempertahankan ‘perintah perlembagaan’.

    Campur tangan Felipe lewat Selasa adalah bertujuan untuk menenangkan krisis terhadap politik Sepanyol yang paling mendalam dalam beberapa dekad, walaupun berisiko menimbulkan kebencian di rantau ini.

    Felipe, 49, berkata demikian berikutan ketegangan dengan Catalonia, menuduh pemimpinnya bertindak di luar undang-undang.

    “Dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab, ia boleh mendatangkan risiko kestabilan ekonomi dan sosial Catalonia dan semua warga Sepanyol,” katanya.

    “Ia adalah tanggungjawab kuasa negeri yang sah untuk memastikan perintah perlembagaan.”

    Kesatuan polis dan pakar politik memberi amaran bahawa risiko kerajaan Sepanyol terhadap kehilangan kawalan di wilayah utara timur.

    Ia dianggap sebagai krisis politik terburuk Sepanyol sejak percubaan rampasan kuasa tentera pada tahun 1981.

    Ia telah menjadi bantahan oleh ayah kepada Felipe, Raja Juan Carlos I, juga dalam penampilan di televisyen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda