Friday, March 24, 2023
22.9 C
Brunei

-

Catan air van Gogh bakal dilelong AS$20 juta

NEW YORK – Catan air oleh Vicnent van Gogh yang dirampas oleh Nazi semasa Perang Dunia Kedua akan dijual pada pelelongan bulan depan di New York, di mana ia dijangka dijual pada harga AS$20 juta atau lebih, umum firma pelelongan Christie’s.

Pelelongan seni 1888 ‘Wheatstacks’ oleh Christie’s, selepas melancarkan rundi-ngan di antara waris pengusaha minyak Texas yang memilikinya sekarang dan waris dua pengumpul seni Yahudi yang memilikinya pada masa berlainan sebelum dirampas oleh Nazi. Butir-butir penyelesaian adalah rahsia, menurut jurucakap Christie’s.

‘Wheatstacks’ akan dilelong pada 11 November bersama seni kerja lain daripada koleksi Edwin L Cox, seorang pengusaha minyak Texas yang meninggal dunia tahun lalu pada usia 99 tahun.

Kerja itu menggambarkan tiga timbunan rumput kering mencuar tinggi melampaui pekerja pada hari panas terik.

Ia dibeli pada 1913 oleh usahawan Max Meirowsky, yang melarikan diri dari Jerman ke Amsterdam pada 1938 untuk mengelak daripada penindasan Nazi. Meirowsky mengamanahkan ‘Wheatstacks’ kepada seorang peniaga seni berpangkalan di Paris, yang menjualnya kepada Alexandrine de Rothschild, seorang ahli keluarga perbankan yang terkenal.

Rothschild melarikan diri ke Switzerland pada permulaan Perang Dunia Kedua dan koleksi seninya, termasuk catan air van Gogh, dirampas oleh Nazi semasa pendudukan Jerman.

Masih tidak jelas di mana kerja seni itu semasa berakhirnya peperangan dan 1970an, namun Cox membelinya di galeri Wildenstein di New York pada 1979. Giovanna Bertazzoni, naib pengerusi seni abad ke-20 dan 21 di Christie’ menggelar kerja seni tersebut salah satu kerja paling berpengaruh pada kertas oleh van Gogh yang pernah muncul di pasaran terbuka.

“Segala-galanya sungguh menakjubkan: subjek ikonik, keadaan gouache yang sempurna, kualiti dakwat dalam garisan silang dan lingkaran yang membentuk landskap, skala komposisi,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis. – AFP

Gambar serahan Christie’s menunjukkan catan air Vincent van Gogh ‘Wheatstacks’ bakal dijual di New York pada harga anggaran AS$20 hingga AS$30 juta pada 11 November. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -