Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Catatan tambahan filem Minions di China

    BEIJING, 26 OGOS – Filem terbaharu Minions secara tersirat ada catatan tambahan kepada penonton di China yang tidak akan dapat dilihat oleh penonton di negara lain: penjenayah perlu menanggung akibatnya.

    Skrip telah ditambah catatannya pada versi filem itu di pawagam di China yang menampilkan satu watak jahat dan berakhir sebagai orang bebas dalam filem itu, tetapi telah ditukar kepada dihukum penjara 20 tahun.

    Filem-filem asing sudah lama disasarkan di China kerana merujuk kepada perkara sensitif bagi parti memerintah Komunis, seperti Taiwan dan hak asasi manusia.

    Dalam beberapa bulan kebelakangan, badan penapis filem China tampaknya telah meluaskan skopnya bagi memastikan filem-filem menyampaikan mesej baik dan bukannya sesuatu yang dianggap berbahaya.

    Ia boleh menjadi satu cabaran dalam sebuah filem yang wataknya bertumpu terhadap penjahat. Minions: The Rise of Gru merupakan sekuel yang mengisahkan tahun-tahun awal kehidupan Gru, penjenayah yang terkial-kial dalam siri animasi Despicable Me.

    Penyelesaiannya: Tambahkan catatan tambahan mengenai watak itu, satu siri daripadanya, diselangi dengan penghargaan di hujungnya.

    Wild Knuckles, watak penjahat lebih tua yang juga mentor kepada Gru yang masih kecil, berakhir dipenjarakan 20 tahun kerana dia cuba melakukan satu lagi jenayah. Dalam filem asal, dia terlepas dengan memandu ke horizon sub-bandar.

    Manakala catatan tambahan bagi Gru menyatakan dia menghindari kejahatan, menyertai orang baik dan dalam pencapaian terbesarnya, merupakan bapa kepada tiga anak perempuan. – AP

    Seorang wanita memakai pelitup muka berjalan melepasi mainan watak dari filem Minions yang dipamerkan di POP Mart di Beijing. Filem terbaharu Minions mengukuhkan mesej kepada penonton China yang tidak dilihat di negara lain, bahawa melakukan jenayah ada hukumannya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...