Cathay Pacific lapor kerugian lebih AS$1 bilion

HONG KONG, 12 OGOS – Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific hari ini berkata syarikatnya kini mengalami kerugian sebanyak AS$1.27 bilion pada separuh pertama tahun ini ketika wabak koronavirus menyebabkan jumlah penumpang merosot, sekali gus menjejaskan perniagaannya.

“Enam bulan pertama tahun 2020 adalah yang paling mencabar yang dihadapi oleh Kumpulan Cathay Pacific dalam sejarahnya selama lebih dari 70 tahun,” kata ketua Patrick Healy dalam satu kenyataan.

“Krisis kesihatan global telah menjejaskan industri pelancongan dan masa depan masih sangat tidak menentu, dengan kebanyakan penganalisis menunjukkan bahawa proses pemulihan ke tahap sebelum pandemik ini akan mengambil tempoh bertahun-tahun,” tambahnya.

Sebelum wabak itu melanda, Cathay merupakan salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di Asia dan syarikat penerbangan kargo udara kelima terbesar di dunia. Tetapi seperti yang lain di seluruh dunia, ia turut terkesan akibat sekatan perjalanan global. Firma itu mengatakan ia membawa 4.4 juta penumpang dalam enam bulan pertama tahun 2020 – 76 peratus jatuh pada tahun ini – ketika penularan wabak baharu itu merebak dari China tengah sehingga ke seluruh dunia.

Pada saat kritikal penutupan penuh dalam penerbangan pada bulan April dan Mei, kebanyakan pesawat hanya menerima 500 penumpang sahaja sehari. – AFP

Gambar fail pada 12 Ogos 2019 menunjukkan ruang daftar masuk Cathay Pacific yang kosong selepas semua penerbangan dibatalkan. Cathay Pacific berkata syarikatnya kini mengalami kerugian sebanyak AS$1.27 bilion pada separuh pertama tahun ini ketika wabak koronavirus menyebabkan jumlah penumpang merosot. – AFP