Catriona Ross hampir kena scam

Kes selebriti ditipu scammer semakin menjadi-jadi, baru ini aktres jelita Catriona Ross juga hampir menjadi mangsa scammer yang tidak bertanggungjawab.

Tular di media sosial aktres Catriona Ross di mana wanita ini hampir menjadi mangsa scammer, Catriona menyatakan bahawa dirinya mendapat panggilan yang didakwa dari pihak bank RHB dan individu berkenaan meminta tarikh lahir dan nama sekolah anaknya untuk kemaskini profil.

“Saya dihubungi dengan nombor ini. Saya jawab panggilan, dia menyatakan dirinya dari bank RHB.

“Dia meminta tarikh lahir anak perempuan dan nama sekolah. Saya terus “nama sekolah?” sejak bila bank perlu nama sekolah anak? Dia sambung berkata “nak kemaskini profil”.

“Saya letak panggilan. Berhati-hati semua orang. Scammers datang dalam pelbagai bentuk,” tulis Catriona

Dengan kes penipuan scammer semakin menjadi-jadi, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan peka agar tidak menjadi mangsa seterusnya. – Agensi

Aktres jelita Catriona Ross juga hampir menjadi mangsa scammer yang tidak bertanggungjawab. – Agensi