Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Cavaliers kalahkan Celtics

    CLEVELAND, 7 MAC – Donovan Mitchell berhasil meraih 40 mata ketika Cleveland Cavaliers menewaskan Boston Celtics kali ketiga berturut-turut dalam pertembungan heavyweight dalam saingan Eastern Conference semalam.

    Grant Williams dari Boston terlepas dua lontaran percuma dengan masa berbaki kurang dari satu saat yang akan memberikan kemenangan kepada Celtics sebelum Cavaliers berjaya mencatat kemenangan 118-114 dalam masa tambahan.

    Boston beraksi tanpa pemain bintang mereka iaitu Jayson Tatum, Al Horford dan Robert Williams III, dan terdesak untuk meraih kemenangan selepas kekalahan berturut-turut kepada Brooklyn Nets dan New York Knicks.

    Tetapi harapan Celtics untuk bangkit daripada kekalahan telah dihalang apabila mereka disambut dengan persembahan hebat daripada Mitchell, yang dengan tenang melakukan dua lontaran percuma ketika berbaki 5.8 saat pada separuh masa keempat untuk menyamakan kedudukan pada 109-109.

    Bagaimana-pun, Boston mempunyai peluang keemasan untuk memenangi perlawanan itu pada perlawanan akhir, menguasai gelanggang dan memenangi dua lontaran percuma selepas Lamar Stevens mengasari Williams.

    Namun, Williams melakukan kedua-dua lontaran percumanya, membolehkan Cleveland melanjutkan permainan hingga masa tambahan dan melakar kemenangan.

    Mitchell boleh dilihat berperang mulut dengan Williams sebelum pemain Boston itu bersedia untuk melakukan lontaran percumanya, dan bintang Cavaliers itu kemudiannya mengakui dia ‘cuba mengalih perhatiannya secara mental.’

    “Saya mahu mencari cara untuk mengalihkan perhatiannya sedikit,” kata Mitchell.

    Cleveland memberikan perlawanan yang sengit selepas ketinggalan 15 pada suku ketiga sebelum rali suku keempat untuk mengejar perlawanan, dan menewaskan Boston 31-17 pada suku terakhir. – AP

    Donovan Mitchell meraikan kejayaan selepas meraih 40 mata sekaligus membawa Cleveland menang ke atas Boston. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...