Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cavaliers lantik Walton penolong jurulatih

    CLEVELAND, 1 JUN – Pasukan Cleveland Cavaliers telah melantik bekas jurulatih Los Angeles Lakers, Luke Walton untuk menjadi penolong di bawah J B Bickerstaff, kelmarin.

    Walton, 42, menghabiskan masa selama 11 tahun dalam karier NBAnya dengan pasukan Cavs pada tahun 2012 sebelum berpindah menjadi seorang jurulatih. Selain itu, dia telah bermain untuk Lakers, memenangi gelaran juara NBA pada tahun 2009 dan 2010.

    Sementara itu, dia menjadi jurulatih untuk Lakers pada tahun 2017 sehinggalah 2019 sebelum berpindah ke Sacramento. Dia berada di sana selama dua musim lebih dengan pasukan Kings, tetapi dipecat berikutan dengan kekalahan 6-11 pada musim lalu serta sebagai tambahan dalam kariernya, dia juga pernah menjadi penolong jurulatih bersama Golden State dan memenangi gelaran juara pada tahun 2015.

    Oleh itu, pengalaman luas yang dimiliki oleh Walton dalam NBA akan banyak membantu meningkatkan kejayaan pasukan Cavs, antara pasukan yang memberikan kejutan besar dalam dunia bola keranjang pada musim lalu apabila Cleveland meraih 44-38 dan mara dalam perlawanan play-in setahun selepas hanya mencatat 22-50.

    Dengan adanya pemain seperti Darius Garland, Evan Mobley dan Jarret Allen, pasukan Cavs mempunyai pemain yang berpotensi untuk menjadi yang lebih baik. Mereka juga telah membuat komitmen jangka panjang kepada Bickerstaff, yang menandatangani kontrak lanjutan pada Disember lalu hingga musim 2026-2027. – AP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Luke Walton memanggil pemainnya semasa menentang New Orleans Pelicans, pada 29 Oktober 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...