Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavaliers terus cemerlang

    LOS ANGELES, 5 NOV – Darius Garland mencatatkan 39 mata ketika Cleveland Cavaliers menghalang kebangkitan lewat Milwaukee untuk menewaskan Bucks 116-114 kelmarin sekali gus mengekalkan rekod sempurna mereka kepada 8-0.

    Garland menjaringkan tiga mata untuk meletakkan Cleveland di depan 113-111 ketika perlawanan berbaki 45 saat, kemudian mengumpan Jarrett Allen untuk membuat layup yang memastikan kemenangan, sementara Cavaliers, yang mendahului sebanyak 19 mata pada suku kedua, menyamai permulaan terbaik musim dalam sejarah pasukan, sama seperti yang dicapai pada tahun 1976.

    “Sukar untuk mencatatkan kemenangan, jadi meraih lapan kemenangan adalah sangat luar biasa,” kata Garland.

    Bucks, yang kehilangan dua kali pemenang Anugerah Pemain Paling Berharga NBA, Giannis Antetokounmpo yang tidak dapat bermain pada saat akhir akibat kecederaan otot aduktor, mengalami kekalahan keenam berturut-turut, gagal bangkit selepas tewas satu mata di tempat sendiri kepada Cavaliers pada Sabtu.

    Pemain point guard Milwaukee, Damian Lillard menjaringkan 14 daripada 36 mata pada suku ketiga ketika Bucks bangkit untuk mendahului 91-89 menuju ke suku keempat.

    Mereka mendahului dengan lapan mata pada pertengahan suku keempat tetapi tidak berjaya menahan asakan Cavaliers.

    Evan Mobley menambah 17 mata dan Allen mengumpul 14 mata, 15 rebound serta satu blok penting ke atas Lillard dengan baki 8.8 saat yang mengesahkan kemenangan.

    “Kami terpaksa bertarung selama 48 minit,” kata Garland. “Kami tahu mereka akan tampil lebih agresif pada separuh masa kedua.” – AFP

    Aksi Garland pada separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA di Cleveland pada 4 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda