Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cavaliers tewaskan Brooklyn Nets

    LOS ANGELES, 18 JAN – Darius Garland memperoleh 22 mata dan mencatat 12 assist ketika Cleveland Cavaliers memenangi lima perlawanan berturut-turut dengan keputusan 114-107 ke atas Brooklyn Nets kelmarin.

    Cavaliers menguasai permainan dari segi serangan dan pertahanan, berjaya memaksa Nets hanya memperoleh hanya dua mata semasa 3:43 saat akhir dalam suku keempat.

    Issac Okoro memperoleh 15 mata dan Lauri Markkanen, Kevin Love serta Jarrett Allen masing-masing memperoleh 14 mata untuk pasukan Cavaliers, yang berjaya membalas dua kekalahan kepada Nets pada November tahun lalu.

    “Ia adalah kemenangan istimewa untuk kami menentang pasukan terkuat,” kata jurulatih Cavs, JB Bickerstaff.

    “Bagi saya, perkara yang lebih menakjubkan ialah apabila awda mengendali pasukan seperti itu dan memperoleh 19 mata dalam suku keempat.”

    Cavaliers memenangi perlawanan itu pada hari NBA memberi penghormatan kepada pemimpin hak asasi manusia AS, Martin Luther King Jr, dengan acara yang istimewa dan video penghormatan sepanjang 14 perlawanan kelmarin.

    Pemain rookie, Evan Mobley menjaringkan 12 mata untuk Cleveland di hadapan 18,100 penonton di arena Rocket Mortgage Fieldhouse di Cleveland.

    Nets bermain permainan penuh pertama mereka tanpa pemain penjaring terbanyak NBA, Kevin Durant yang diketepikan kerana ligamen kolateral medial yang terseliuh di lutut kirinya.

    “Awda tidak dapat mengganti Kev,” kata Irving. “Ia mustahil. Kami hanya berdepan dengan kebenaran sekarang ini.”

    Pemain Brooklyn Nets, Kyrie Irving mendahului semua penjaring dengan 27 mata tetapi hanya menjaringkan dua bakul semasa suku keempat yang penting itu. Irving, dilarang untuk bermain atau menyertai semua perlawanan kerana belum menerima vaksinasi kecuali perlawanan bukan di tempat sendiri disebabkan peraturan kesihatan dan keselamatan COVID-19 New York. – AFP

    Aksi Isaac Okoro dan Patty Mills dari Brooklyn Nets bersaing untuk mendapatkan bola pada separuh masa pertama perlawanan NBA antara Cleveland Cavaliers dan Brooklyn Nets, 17 Januari di Cleveland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...