Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavani Pemain Terbaik Perancis

    PARIS, 16 Mei – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) dari Uruguay, Edinson Cavani telah terpilih menjadi Pemain Terbaik Perancis tahun ini dengan penyerang remaja sensasi Monaco, Kylian Mbappe memenangi Anugerah Pemain Bawah-21 Terbaik.

    Cavani bermain dengan cemerlang selepas pemergian Zlatan Ibrahimovic dan telah menjaringkan 35 gol dalam liga setakat ini sejak beralih menjadi penyerang tengah dari pemain posisi sayap, di mana dia ditempatkan ketika Ibrahimovic masih di PSG.

    Dengan baki dua perlawanan musim ini yang perlu diharungi, Cavani telah menjaringkan 48 gol untuk PSG dalam semua persaingan, kurang dua gol daripada rekod 50 gol yang direkodkan oleh Ibrahimovic musim lepas.

    Anugerah itu datang ketika musim sukar bagi Paris, yang telah dimalukan oleh Barcelona dan kelihatannya kehilangan gelaran liga kepada Monaco.

    Cavani ketika memberikan ucapan selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 Perancis di Pavillon d’Armenonville, Paris. – AFP
    Cavani ketika memberikan ucapan selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 Perancis di Pavillon d’Armenonville, Paris. – AFP

    “Saya lebih suka anugerah bersama berbanding peribadi tetapi musim ini akan mengajar kami banyak perkara positif bagi musim seterusnya,” kata Cavani.

    Pemain berusia 30 tahun itu mengatasi pemain tengah Monaco, Bernardo Silva di tempat kedua, manakala penyerang Lyon, Alexandre Lacazette terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

    Mbappe, hanya berusia 18 tahun, mempunyai musim pertama yang sungguh sensasi, terutama sejak cuti musim sejuk, sementara jurulatihnya di Monaco, Leonardo Jardim memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda