Cavendish berehat panjang, alami kecederaan patah tulang rusuk

BRUSSELS, 23 NOV – Atlet lumba basikal dari Britain, Mark Cavendish mengalami kecederaan pada paru-paru dan patah tulang rusuk selepas

terbabit dalam kemalangan di perlumbaan Six Days of Ghent, menurut jurucakap pasukannya Deceuninck Quick-Step.

Cavendish berlumba di Madison semalam ketika juara dunia dan Olimpik dari Denmark, Lasse Norman Hansen terbabit dalam kemalangan di depannya bersama Gerben Thijssen.

Pelumba berusia 36 tahun yang juga mencipta rekod pemenang 34 peringkat di Tour de France, bertembung dengan basikal pelumba Denmark berkenaan sebelum terjatuh.

“Pemeriksaan mendapati Mark mengalami kecederaan patah tulang rusuk pada sebelah kiri dan ada kecederaan pada paru-paru, dia kini menjalani rawatan di hospital untuk pemantauan,” kata jurucakap Deceuninck Quick-Step.

“Mark dijangka dapat keluar dari hospital lewat petang ini atau esok pagi, dan akan menjalani rawatan pemulihan lanjut.” – AFP

Pelumba Britisih Mark Cavendish diusung keluar selepas terjatuh semasa perlumbaan Zesdaagse Vlaanderen-Gent di arena lumba basikal ‘T Kuipke di Gent pada 21 November. – AFP