NEW YORK, 1 Feb – Juara bertahan NBA, Cleveland Cavaliers, yang terjejas dengan rekod 7-8 pada Januari, akan mendapatkan ejen bebas bagi mencari bantuan yang diperlukan LeBron James bagi meningkatkan permainan pasukan.
ESPN semalam melaporkan pemain pertahanan veteran, Mario Chalmers dan Kirk Hinrich adalah di antara beberapa ejen bebas yang mungkin sesuai bagi pasukan itu, sebelum Cavaliers menjadi hos kepada Minnesota. Kumpulan itu dikatakan melibatkan bekas pemain penyerang New Orleans, Lance Stephenson.
James, yang belum mengalami kekalahan dalam tempoh sebulan bagi musim NBA sejak 2006, telah menggesa pemilik Dan Gilbert untuk menambah pemain utama veteran dalam pasukan, yang lebih sebagai pemain gantian kepada bintang pertahanan, Kyrie Irving.
Pasukan Cavaliers mencatatkan 32-15 dan mengungguli Eastern Conference tetapi James menekankan perlu bagi peningkatan berterusan ketika pasukan itu bergerak lebih jauh di separuh masa kedua musim ini dan bersedia bagi play-off NBA.
Chalmers, 30, yang beraksi di samping James bagi empat musim bersama Miami Heat, mara ke NBA Final sebanyak empat kali dan dua kali memenangi gelaran. Chalmers, yang baru saja pulih daripada kecederaan Achilles kanan yang dialaminya pada Mac lalu apabila dia beraksi bagi pasukan Memphis, melakarkan perkadaran kerjaya 9.0 mata dan 3.8 asis.
Hinrich, 36, yang beraksi bagi Chicago Bulls dan Atlanta Hawks pada tahun lepas tetapi tidak dilihat beraksi sejak siri play-off pusingan kedua pada Mei lalu menentang Cavaliers. Veteran 13 tahun itu melakarkan perkadaran kerjaya 10.9 mata dan 4.8 asis.
Stephenson, 26, pulih dari kecederaan groin berikutan pembedahan pada November. Dia menghimpunkan 9.7 mata, 4.8 asis dan 3.0 ‘rebound’ dalam enam perlawanan bersama Pelicans. – AFP