Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cawangan JPD Mumong dibuka

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah menubuhkan cawangan baharu, Cawangan JPD, Mumong, di Aras Bawah, Pejabat Pos Kuala Belait, kelmarin.

    Menurut kenyataan JPD, di sini, Cawangan JPD, Mumong beroperasi pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang.

    Dengan pembukaan Cawangan JPD baharu itu, beberapa perkhidmatan JPD yang sedia ada di Cawangan JPD, Kuala Belait akan dipindahkan ke Cawangan JPD, Mumong.

    Perkhidmatan-perkhidmatan yang dipindahkan ke Cawangan JPD, Mumong termasuk membaharui Lesen Memandu, membaharui Lesen Kenderaan dan mencetak salinan Kad Lesen Memandu dan Pelekat Lesen Kenderaan.

    Sementara itu, Cawangan JPD, Kuala Belait masih beroperasi seperti lazimnya dan akan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan iaitu Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan, Gantung Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK), Penahanan dan Perkhidmatan Serah TPK, mencetak salinan Buku/Kad Pendaftaran Kenderaan, Tukar Milik Kenderaan, Permohonan Ubahsuai Kenderaan (Tukar Enjin dan Tukar Warna), Tidak Menggunakan Kenderaan Bermotor (Non-use), Permohonan Pinjaman Kenderaan, Permohonan Pinjaman Selesai Kenderaan, Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Bermotor, Permohonan Maklumat Kenderaan dan Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK), Pemeriksaan Kelayakan Motosikal dan Kenderaan Kerajaan, Endorsement Lesen Memandu serta Permit Memandu Antarabangsa.

    Penubuhan Cawangan JPD, Mumong itu diharapkan akan mempertingkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan jabatan dan pada masa yang sama, memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi JPD semasa waktu pejabat di talian 2451990/91 bagi ibu pejabat atau 3332272 bagi Cawangan JPD, Kuala Belait atau WhatsApp, 7181641, Talian Darussalam 123, e-mel, info_ltd@jpd.gov.bn atau laman sesawang JPD dan Instagram untuk maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...