Cawangan kedua Black Whale dirasmikan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Black Whale, kedai minum yang terkenal dengan siri minuman Brown Sugar telah membuka cawangan kedua di Beribi, yang dirasmikan, hari ini.

Perasmian cawangan berkenaan telah disempurnakan oleh tiga orang artis tempatan iaitu Rizal Rashid, Puteri Norizah dan Zul Faden (Zul F) bersama Pengurus Black Whale, Gena LSL dan Eksekutif Pemasaran, Nisa Ranawai.

Sempena dengan perasmian berkenaan, pelanggan berpeluang menikmati promosi hebat iaitu pembelian kedua serendah $1 untuk Fiery Brown Sugar Black Whale dan Royal Whale Milk Tea dalam satu resit, yang akan berjalan selama dua hari hingga esok. Menurut Nisa Ranawi, sejak pembukaan cawangannya yang pertama, kedai berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama sekali bagi peminat minuman berkrim.

“Black Whale sentiasa mengetengahkan minuman ciptaan baharu untuk memenuhi cita rasa pelanggan dan selalu mendapat sambutan,” ujarnya. Antara yang selalu menjadi pilihan ramai ialah Fiery Brown Sugar Black Whale dan Brown Sugar Black Whale Avocado Milk.

Majlis pelancaran cawangan kedua Black Whale yang berlangsung di Beribi kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani