Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cawangan kedua Laundry Hub dibuka

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Laundry Hub, kedai dobi layan diri yang merupakan syarikat francais dari Malaysia, telah membuka cawangan keduanya di Kompleks Wisma Intan, Sengkurong, di sini, hari ini.

    Perasmian cawangan berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

    Laundry Hub kini memiliki dua cawangan, dengan pertama terletak di Kuala Belait dan terbaru di Sengkurong manakala itu, syarikat berkenaan bakal membuka cawangan ketiganya di Tutong pada bulan hadapan.

    Pemilik Francais Laundry Hub, Awang Yousree bin Mohammed ketika ditemu bual menyatakan, syarikat berkenaan sama seperti Laundry Hub di Malaysia yang mengutamakan keselamatan kepada barangan yang digunakan di kedai tersebut.

    “Semua sistem dan penyambungan elektrik dan paip air serta gas yang terdapat di kedai ini adalah memenuhi standard keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya.

    Yang Berhormat Pehin Haji Hasrin menerima cenderahati sejurus selepas upacara menggunting reben pelancaran.
    Cawangan kedua Laundry Hub kini dibuka kepada orang ramai.

    Beliau juga menyatakan, perkhidmatan berkenaan bukan sahaja menawarkan harga yang murah malah juga menyediakan secara percuma cecair pencuci pakaian, cecair pelembut pakaian, cecair pembasmi kuman dan cecair oksigen pemutih bagi setiap cucian pakaian.

    Perkhidmatan yang dibuka 24 jam itu juga menawarkan promosi perasmian yang menawarkan perkhidmatan mencuci pakaian secara percuma sehingga 24 September sahaja dengan menyediakan cecair pencuci, pelembut, pembasmi kuman dan oksigen pemutih percuma.

    Sementara itu, bermula 25 September hingga 9 Oktober pula, syarikat berkenaan memberikan promosi diskaun 50 peratus bagi perkhidmatan cucian kepada para pelanggannya.

    Awang Yousree menyatakan bahawa pada empat bulan mendatang nanti, Laundry Hub juga akan membukakan ‘Drop Off Counter’ yang hanya memerlukan pelanggan untuk meninggalkan pakaian mereka untuk dicuci, dikeringkan dan seterusnya diseterika.

    “Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan ini bila-bila masa mereka mahu memandangkan ia dibuka selama 24 jam sama seperti mesin ATM yang terdapat di bank-bank,” jelasnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda