Cawangan Little Woods dirasmi

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Little Woods pada hari ini telah mengadakan acara pembukaan rasminya di Little Woods cawangan Kiulap dan Delima.

Hadir ialah Pengarah Urusan Little Woods, Jolene Wang dan para jemputan serta peserta program nyanyian tempatan, Final Quest.

Acara diisi dengan pelbagai aktiviti dan permainan bagi kanak-kanak yang terdiri daripada pelanggan dan pengunjung Little Woods. Antara permainan yang disediakan termasuk Pertandingan Little Woods Hunting dan Baby Crawling Competition. Acara turut dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa maskot Little Woods iaitu Sidney the Squirrel, Dani the Deer dan Otto the Otter.

Pelbagai hadiah berupa baucar tunai dan barangan Little Woods ditawarkan bagi para pemenang aktiviti yang diadakan pada petang tadi.

Selain itu para ibu bapa dan pelanggan Little Woods juga tidak ketinggalan menyertai Spinning Wheels bagi setiap pembelian di kedai berkenaan.

Jolene Wang bergambar bersama maskot Little Woods dan para peserta Final Quest pada acara perasmian.
Kanak-kanak menyertai salah satu acara pada majlis itu.