Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cayenne Turbo GT baharu masuk pasaran Brunei

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Cayenne Turbo GT baharu yang berkuasa lebih tinggi telah memasuki pasaran Brunei dengan majlis perasmian yang diadakan di Porsche Centre Brunei, Beribi, kelmarin.

    Pengurus Besar Porsche Brunei, Lahiru De Silva dalam ucapannya pada majlis itu berkata, “Cayenne Turbo GT memberikan yang terbaik dari segi prestasi dan keeksklusifan.

    Kesukanan superlatif, reka bentuk yang tajam dan estetika yang menyerlah pasti menarik perhatian peminat Porsche.”

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Jualan Porsche Brunei, Awang Anwar bin Ibrahim.

    Turbo GT terletak betul-betul di atas rangkaian model Cayenne, yang menjanjikan dinamik pemanduan yang luar biasa dengan kefungsian yang tanpa kompromi.

    Ia dilengkapkan dengan enjin dwi-turbo V8 4 liter, 471kW (640 PS), memberikannya tork maksimum 850 Nm, pecutan 0-100 kilometer sejam (kmsj dikurangkan kepada hanya 3.3 saat (kurang 0.6s) dan kelajuan tertinggi kini 300 kmsj.

    Transmisi lapan kelajuan Tiptronic S dan Porsche Traction Management (PTM juga telah diubahsuai dengan penyejukan air tambahan.

    Dengan barisan yang lebih sporty dan tersedia secara eksklusif sebagai coupe empat tempat duduk, Cayenne Turbo GT didatangkan standard dengan casis tersedia dipasang dan tayar prestasi dibangunkan khas untuk model tersebut.

    Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menjadualkan temu janji dengan menghubungi Porsche Centre Brunei.

    Lahiru De Silva dan Awang Anwar bersama Cayenne Turbo GT baharu semasa majlis pelancaran di Porsche Centre Brunei, Beribi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...