Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    CBTL perkenal tiga hidangan baru

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – The Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL) Brunei kini memperkenalkan tiga hidangan baru iaitu Calzone Bologanaise, Pasta Pink Sauce dengan isi ayam panggang dan European Breakfast.

    Ketiga-tiga hidangan berkenaan hanya boleh diperolehi di Cawangan Times Square, Supa Save Seria dan Supa Save Mata-Mata serta hanya akan ditawarkan selama sebulan sahaja.

    Calzone Bolognaise adalah hidangan seperti pita piza yang dilipat dua dengan isian Bolognaise di dalamnya yang memberikan rasa berbeza daripada pan piza biasa.

    Tiga hidangan baru yang diperkenalkan CBTL.
    Tiga hidangan baru yang diperkenalkan CBTL.

    Pasta Pink Sauce dengan isi ayam panggang pula merupakan hidangan pasta yang memberikan rasa sos tomato yang sangat sesuai untuk pelbagai peringkat umur namun sangat mesra kanak-kanak.

    Sementara, European Breakfast pula hidangan sarapan gaya Eropah namun dipertingkatkan lagi dengan rasa dan menu telur dadar, kacang merah panggang, hash brown, roti bawang, tomato panggang dan empat ketulan keju yang berbeza. Hidangan ini boleh didapati sepanjang hari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda