CBTL tawar promosi di kiosk baharu

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Penggemar The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) kini boleh mendapatkan minuman dan makanan kegemaran mereka di kiosk baharu CBTL di tingkat bawah, Medan Selera Hua Ho Yayasan bermula hari ini.

Pembukaan kiosk baharu itu menawarkan pelbagai jenis kek, sandwic dan menu baharu piza dengan orang ramai berpeluang menikmati promosi eksklusif selama lapan hari.

Selain itu, bagi pembelian Black Onyx Tumbler edisi terhad dengan harga kurang daripada $10 akan mendapat minuman panas saiz biasa secara percuma yang terhad untuk 80 pelanggan pertama.

Manakala promosi pada 2 Ogos pula, pelanggan yang berbelanja $15 di kiosk berkenaan berpeluang mendapatkan beg tote edisi terhad dengan harga kurang daripada $10 dan ianya hanya terhad untuk 80 pelanggan pertama.

Sementara promosi 3 Ogos pula, pengunjung yang membeli piza di kiosk itu juga berpeluang mendapatkan minuman ice blended bersaiz kecil dengan harga yang berpatutan dan pada 4 Ogos pula, baucar potongan harga boleh diperoleho hanya dengan mengirim, kongsi & tag foto kiosk CBTL di Hua Ho Yayasan.

Selain itu, pengunjung berpeluang membeli kek dan tambahan $1 untuk minuman panas kopi atau teh pada 5 Ogos dan untuk promosi 6 Ogos, tawaran diberikan untuk pembelian dua piza untuk menikmati minuman teh ice yang boleh diisi semula.

Manakala untuk promosi 7 Ogos dan 8 Ogos, pelanggan boleh membeli dua minuman lattes bersaiz kecil serta ice blended dengan harga istimewa. Untuk keterangan lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, ikuti laman media sosial CBTL.

Kiosk baharu The Coffee Bean & Tea Leaf di ruang tingkat bawah, Medan Selera Hua Ho Yayasan. – Gambar serahan The Coffee Bean & Tea Leaf