Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Sempena Sambutan Tahun Baru Cina (TBC), The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) menawarkan promosi diskaun 20 peratus bagi makanan dan minuman kepada para pelanggan setianya.
CBTL dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa diskaun sepanjang hari ini boleh didapati di seluruh cawangan CBTL di negara ini.
Para pelanggan boleh membeli minuman dan pastri dengan diskaun 20 peratus ini bermula hari ini hingga 28 Januari 2017 akan tetapi diskaun ini tidak termasuk untuk barangan yang telah diberikan promosi.
Pelanggan juga boleh menikmati Sambutan TBC dengan tart buah-buahan yang boleh didapati sebanyak 20 biji dalam satu kotak yang terdiri daripada tart berkrim mangga, longan, anggur, kiwi dan limau mandarin atau boleh dicampurkan dalam satu kotak.
Untuk tempahan awal para pelanggan hendaklah menempah dua hari lebih awal sebelum tarikh untuk diambil di kesemua cawangan CBTL.
Untuk mengetahui lebih berita terkini atau promosi CBTL bolehlah mengikuti mereka di akaun Instagram @coffeebean_brunei dan Facebook di facebook.com/thecoffeebeanbrunei.