Chelsea minta pemain derma kepada badan amal

LONDON, 26 APRIL – Chelsea memaklumkan mereka tidak akan menetapkan pemotongan gaji ke atas skuad utama-nya dalam respons kepada penularan koronavirus.

Tetapi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut meminta pemain mereka untuk terus menderma kepada badan-badan kebajikan semasa pandemik ini berterusan.

Laporan mengatakan pasukan Barat London tersebut dalam perbincangan dengan pemainnya mengenai pengurangan gaji sekitar 10 peratus bagi mengurangkan kos sesama bola sepak dalam penggantungan kerana virus. Angka tersebut, walau bagaimanapun, adalah lebih rendah dari yang dicadang-kan oleh Liga Perdana Inggeris iaitu sebanyak 30 peratus bagi semua kelab.

Tetapi ia tidak menghalang Chelsea dari membuat tindakan mereka sendiri iaitu mereka telah mengadakan inisiatif #PlayersTogether yang dilancarkan oleh pemain-pemain Liga Perdana Inggeris awal bulan ini, dengan sasaran untuk mengumpulkan dan mengagih-agihkan dana dari badan-badan kebajikan yang mendukung Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS).

“Kami sangat berterima kasih kepada pasukan kerana memainkan peranan mereka dalam membantu kelab dengan aktiviti-aktiviti komuniti dan dengan kerja-kerja kebajikan mereka dalam membantu negara masing-masing dan menerusi inisiatif ‘Players Together’ telah menyokong NHS,” kenyataan kelab.

“Pada masa ini pemain-pemain skuad utama tidak akan menyumbangkan dari segi kewangan kepada kelab dan sebaliknya lembaga pengurusan telah mengarahkan pemain untuk fokus dalam usaha mereka dalam membantu badan-badan kebajikan.”

The Blues berkata mereka tidak akan mengambil kesempatan skim pengekalan pekerjaan atau membenarkan kakitangan untuk mengambil cuti yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, dengan pekerja sambilan dan kakitangan yang bertugas pada hari perlawanan akan menerima imbalan dari kelab sepanjang tempoh hingga 30 Jun. – AFP

Gambar fail 29 September 2019 menunjukkan reaksi pemain-pemain Chelsea ketika kemenangan ke atas Norwich di Stamford Bridge. Chelsea berkata mereka tidak akan menetapkan pemotongan gaji ke atas skuad utamanya tetapi mereka menggalakkan pemainnya untuk aktif mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan. – Agensi