Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    CCTV mampu bantu pantau pemandu

    Baharu saja disuarakan oleh Ali R melalui surat pembaca bertajuk Perlunya CCTV di setiap jalan yang disiarkan dalam Media Permata pada 17 Ogos lalu mengenai memantau pemandu-pemandu di negara ini, kini tular berita mengenai kemalangan melibatkan trak dengan sebuah kereta di Jalan Telanai.

    Terdapat spekulasi daripada orang awam mengenai kemalangan berkenaan di mana ada yang mengatakan kesalahan berpunca daripada pemandu trak dan ada juga yang mengatakan pemandu kenderaan terbabit bersalah.

    Namun kita sebagai orang awam yang tidak mengetahui punca sebenarnya tidak harus menunding jari pada sesiapa.

    Apa yang penting kita hanya perlu menunggu berita yang sahih daripada sumber yang dipercayai dan seperti yang diketahui mujurlah di kawasan berkenaan ada pemasangan CCTV untuk memantau kejadian yang berlaku

    Memang tidak dinafikan, seiring kemajuan zaman IT ini penyebaran informasi juga turut bergerak pantas di kalangan masyarakat, namun dalam masa yang sama, ia memudahkan penularan berita sehingga pelbagai spekulasi yang timbul dan berubah menjadi berita palsu. Justeru janganlah kita menyebarkannya lagi demi menghormati mangsa yang terbabit.

    Saya amat bersyukur dengan pandangan Ali R yang mengharapkan pihak relevan memasang CCTV di jalan-jalan agar mudah melakukan pemantauan di jalan raya seperti kemalangan berkenaan.

    Orang awam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...