Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    CCTV, UAV tingkat kawalan keselamatan sempadan

    ARAU, 21 Feb – Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan pesawat tanpa pemandu (UAV) di sempadan Malaysia-Thailand dapat meningkatkan lagi keberkesanan operasi selain mengurangkan penggunaan tenaga manusia bagi mengawal kawasan berkenaan.

    Panglima 30 Briged Brig. Jen Hashim Aman Shah berkata ini kerana kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang panjang dan luas memerlukan penggunaan ramai anggota.

    “Menerusi penggunaan teknologi CCTV dan UAV, kita boleh memantau sehingga kawasan tersorok atau yang sukar dimasuki manusia,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Hashim ditemui selepas majlis mengadap hormat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, di sini.

    Turut berkenan berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

    Hadir sama mengadap Panglima 6 Briged Brig. Jen Abdul Aziz Ismail. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda