MADRID, 25 Sept – Valencia memintas Real Madrid ke tangga keempat dalam La Liga apabila jaringan kemenangan Simone Zaza ketika perlawanan berbaki lima minit memastikan kemenangan menarik 3-2 di Real Sociedad.
Bagaimanapun, ia terlalu menggembirakan sehingga pengurus Valencia, Marcelino mengalami kecederaan hamstring ketika meraikan gol kemenangan itu.
Tiga kali Valencia mendahului perlawanan di San Sebastian, sementara kedua pasukan dikurangkan kepada 10 pemain di separuh masa kedua.
Gol awal Rodrigo dibatalkan oleh tandukan gol Aritz Elustondo sebelum separuh masa.
Nacho Vidal memberikan menempatkan Valencia di depan tetapi Sociedad, yang sudah tewas tiga perlawanan minggu ini, berjuang dengan mendapatkan gol penyamaan melalui penyudah kemas Mikel Oyarzabal.
Igor Zubeldia dan Geoffrey Kondogbia mendapati diri mereka dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus mencetuskan satu penamat menarik.
Dan perlawanan berkualiti tinggi itu mendapat penamat yang selayaknya apabila Goncalo Guedes menunjukkan visi yang luar biasa untuk menemui Zaza, yang menyudahkan gol kelimanya dalam musim ini.
Valencia kekal tanpa kalah dalam enam perlawanan sejak Marcelino mengambil alih, selepas dua musim yang tidak menentu dengan perubahan pengurusan.
Secara keseluruhan sebanyak 20 gol telah dijaringkan dalam lima perlawanan La Liga dalam perlawanan semalam dan pagi tadi, dengan Espanyol, Getafe dan Celta Vigo juga meraikan kemenangan besar.
Bos Deportivo la Coruna, Pepe Mel berdepan dengan permintaan untuk meletak jawatan apabila Galicians tewas 4-1 di Espanyal, sekali gus terjatuh ke zon penyingkiran.
Kekecewaan permulaan musim Villarreal juga berterusan apabila mereka diatasi selepas rehat, tewas 4-0 di Getafe.
Celta membelasah Eibar 4-0 untuk mengurangkan tekanan ke atas bekas penolong jurulatih Barcelona, Eusebio Unzue. Dan Leganes kini naik ke tangga keenam terima kasih atas kemenangan 2-0 di Las Palmas. – AFP