Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef jalanan Thailand mendapat bintang Michelin

    BANGKOK – Setelah menghabiskan masa lebih dari tiga dekad dengan memasak di kawasan dapur yang sangat luar biasa, seorang tukang masak dari Thailand yang sering menggunakan peralatan kuali dalam masakannya dan menggunakan kacamata untuk memasak masakan antarabangsa, tukang masak ini telah menerima bintang Michelin bagi restoran jalanannya di Thailand.

    Supinya Jansuta atau lebih dikenali dengan nama ‘Jay Fai’ adalah antara 17 orang cef yang berpangkalan di Bangkok dan telah mendapat penghormatan dari pihak organisasi Michelin dalam buku panduan masakan yang telah dikeluarkan baru-baru ini dan penghormatan itu merupakan penghormatan yang pertama bagi tukang masak di negara itu.

    Jay Fai, seperti juga nama restorannya, sering dipaparkan dalam panduan perjalanan pelancong asing namun kebanyakannya penduduk tempatan menjauhi restoran ini disebabkan oleh harganya yang sangat mahal walaupun pada realitinya, ia dianggap sebagai makanan tempatan yang sangat murah. Namun beberapa pemeriksa makanan telah mendekati tukang masak yang berusia 72 tahun itu dan menunjukkan bahawa tukang masak itu banyak menggunakan sumber dari makanan laut segar dan juga bahan-bahan utama lain yang sering digunakan di negara itu.

    “Apa yang penting dan menjadi nombor satu bagi Jay Fai adalah orang sering kali beranggapan bahawa restoran cef ini sangat mahal,” kata Oliver Irvine, editor majalah Bahasa Inggeris mingguan BK, yang sering kali mengkritik tempat makan Bangkok yang pelbagai.

    “Ini adalah kawasan klasik di mana para pengunjung akan menghabiskan sekitar 800-1,000 baht untuk merasa omelet ketam Jay Fai yang terkenal, yang mana tidak ada tempat berhampiran menawarkan harga makanan jalanan yang ditawarkan oleh Jay Fai.

    Jay Fai adalah satu-satunya restoran di Bangkok yang telah disenaraikan di bawah klasifikasi ‘Makanan Jalanan’ dan menerima satu bintang Michelin. – AP

    “Namun jika anda memotong dan memecahkan isi kulit ketam itu, anda akan dapat menikmati kesegaran seekor ketam yang baik di seluruh bandar itu,” tambah Oliver lagi kepada media AP.

    Makanan jalanan

    Jay Fai adalah satu-satunya restoran di Bangkok yang telah disenaraikan di bawah klasifikasi ‘Makanan Jalanan’ dan menerima bintang Michelin.

    “Jay fai adalah tempat di mana para pemandu teksi dan penggemar makanan menghabiskan masa mereka serta ia sangat mudah untuk dinilai dan dilihat,” kata salah seorang pemeriksa dalam buku panduan Michelin yang telah dikeluarkan baru-baru ini.

    Bandar raya Bangkok merupakan sebuah kota yang terkenal dengan makanan jalanannya di mana para penjual makanan akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menjual pelbagai hidangan seperti mi Thailand sehinggalah hidangan sup Tom Yam yang pedas dan sebagainya.

    Kebanyakan kedai-kedai makan jalanan di Thailand ini berfungsi sebagai pusat makanan gastronomi untuk penduduk tempatan yang bajet dan menarik pelancong yang ingin mencabar diri mereka untuk merasakan sendiri keunikan makanan-makanan ini.

    Namun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, para pegawai di negara tersebut telah memerintah para tentera mereka untuk membersihkan makanan jalanan ini dan dilihat sebagai gangguan malah para peniaga diberi amaran untuk sentiasa membersihkan tapak perniagaan mereka.

    Supinya Jansuta atau lebih dikenali dengan nama ‘Jay Fai’ adalah antara 17 orang cef yang berpangkalan di Bangkok dan telah mendapat penghormatan dari pihak organisasi Michelin. – AP
    Kebanyakannya penduduk tempatan menjauhi restoran ini disebabkan oleh harganya yang sangat mahal walaupun pada realitinya, ia dianggap sebagai makanan tempatan yang sangat murah. – AP

    Dari Thailand

    Jay Fai merupakan salah satu dari 14 restoran di Bangkok yang telah menerima satu bintang Michelin dan dua lagi dianugerahkan dua bintang iaitu The Indian Restaurant Gaggan, French Venue Le Normandie dan European Establishment Mezzaluna, namun satu pun tidak menerima bintang tertinggi iaitu tiga bintang.

    Mengikut jejak langkah beberapa negara Asia yang lain, pihak kerajaan Thailand telah memperuntukkan sekitar AS$4.1 juta pada tahun lepas untuk menjalankan panduan Michelin ke atas beberapa buah restoran.

    Michelin berkata bahawa panduan Bangkok itu dijalankan secara bebas tanpa nama dan terhasil daripada pasukan pengkritiknya.

    Jay Fai berkata bahawa dia sangat gembira kerana telah menerima penghormatan dari Michelin namun tetap mempersoalkannya mengapa terlalu lama untuk dia mendapat penghormatan itu dalam kerjayanya.

    “Saya telah memasak selama 30 hingga ke 40 tahun, jadi saya tidak tahu mengapa saya menerimanya sekarang namun saya masih gembira kerana mereka mula mengenali saya sebagai tukang masak yang berasal dari Thailand.

    “Saya berharap akan lebih banyak tukang masak Thailand akan memegang penghormatan Michelin ini di masa hadapan,” tambah Jay Fai. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda