Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef Wan dilantik Profesor Adjung UUM

    SINTOK – Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM).

    Cef Wan menerima watikah pelantikan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Februari lalu hingga 31 Januari 2019 daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir, disaksikan Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

    Mohamed Mustafa berkata pemilihan Cef Wan, 51, dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran serta kesesuaian bidang masakan yang diceburi beliau serta dilihat dapat berkongsi pengalaman dengan pensyarah dan pelajar.

    Cef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM).
    Cef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM).

    “Pemilihan tersebut adalah langkah meningkatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan perancangan akademik STHEM,” katanya pada majlis Sambutan Hari Pengasasan ke-33 UUM dan perasmian Restoran Manager’s Coffee.

    Cef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Cef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

    Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai ‘Selebriti Cef Terbaik Dunia’ di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009’ selain menerima gelaran ‘Friends of Thailand Award’ pada 2010 dari kerajaan Thailand. – BERNAMA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda