Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Cef Wan mahu jaga ibu

    Mungkin ramai warganet yang mengetahui bahawa ibu cef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.

    Ibu Cef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 tahun tinggal bersamanya. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan. Pujian harus diberikan pada Cef Wan kerana beliau sabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik menjaga ibunya.

    Dalam satu hantaran di laman Instagram, Cef Wan mendedahkan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog.

    Menurut Cef Wan, program bagi rancangan-rancangan tersebut memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.

    “Pihak pengarah sebuah stesen TV berbayar mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan.

    Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu, Januari hingga Februari untuk menjelajah dalam satu negeri sahaja. Pihak penaja mahukan saya juga sebab sudah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program hari raya.

    “Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran. Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelog di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” katanya.

    Menurut Cef Wan, beliau berat hati untuk menerima tawaran tersebut. Selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit kanser payudara ibu yang semakin merebak, beliau keberatan untuk berjauhan lama.

    “Saya asyik terfikir macam manalah hendak menjelajah ke tengah Asia. Untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” jelasnya lagi. – Agensi

    Cef Wan berat hati untuk menerima tawaran daripada stesen TV kerana mahu menjaga ibunya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...