Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Cef Wan tampil imej kepala botak akibat kimoterapi

    Cef selebriti Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail berkongsi foto terbaharunya yang tampil dengan imej kepala botak selepas bekongsi dia mengalami keguguran rambut yang teruk akibat menjalani rawatan kimoterapi.

    Memetik dari mStar, Redzuwan, 65, atau lebih mesra dengan sapaan Cef Wan memberitahu dia yakin dengan penampilan baharunya itu meskipun ada mencadangkan dia mengenakan topi.

    “Qamal kata kepada saya selepas mencukur rambut mungkin saya mahu memakai topi untuk menutup kepala jika keluar.

    “Saya kata saya lebih yakin dengan diri saya daripada bimbang tentang pendapat orang lain tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil di khalayak ramai,” katanya.

    Cef Wan berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan imej terbaharunya.

    Dalam pada itu, Cef Wan memberitahu tidak semua orang berani tampil dengan penampilan sebegitu dan menyukainya kerana ia membuatkan kepalanya terasa lebih ringan.

    “Kepala saya terasa ringan dan lapang ketika ini,” luahnya.

    Pada awal Ogos lalu, Cef Wan mendedahkan dia disahkan menghidap kanser limfoma selepas melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali. – Agensi

    Cef Wan tampil dengan imej kepala botak selepas mengalami keguguran rambut yang teruk. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...