BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Walaupun masalah gejala sosial belum begitu berleluasa, langkah pencegahan perlu diambil dari awal sebelum ia semakin merebak dan menjadi penyakit masyarakat.
Maka itu, semua anggota masyarakat terutamanya para ibu bapa atau penjaga hendaklah terus mempunyai sikap positif dan bertanggungjawab, bukan hanya mengharapkan pihak yang berkuasa sahaja dalam menangani gejala ini.
Ini dinyatakan oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan Hajah Rabi’atul’adawiyah binti Haji A. Ahmad semasa berucap pada Program Awasi Anak Kitani yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Tanjong Maya, hari ini.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata