Cegah kebakaran dengan tepat

Baru-baru ini banyak berita laporan kebakaran rumah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Kawasan kebakaran yang sering terjadi biasanya di bahagian dapur rumah yang berpunca daripada kebocoran gas.

Isu kebakaran itu dapat dielak daripada berlaku dengan memastikan menutup dan menanggalkan kepala gas serta menutup mana-mana suiz peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

Orang ramai juga disarankan sentiasa memastikan peralatan elektrik masih selamat digunakan dan memastikan pemasangan pendawaian dilaksanakan oleh pekerja yang bertauliah

Dalam masa yang sama juga, orang ramai diseru menggantikan kepala gas setiap lima tahun dan hos gas setiap dua tahun mengikut piawaian yang ditetapkan. Di samping itu juga, setiap rumah perlu memiliki peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api.

Cegah