Celta Vigo, Real Betis berkongsi mata

MADRID, 5 JULAI – Nolito menjaringkan gol keduanya sejak kembali ke kelab Celta Vigo tetapi Real Betis berjaya kembali menyamakan kedudukan 1-1 di Balaidos pada perlawanan semalam.

Sepakan percuma Nolito hampir sahaja memberikan kemenangan berharga buat Celta namun Zouhair Feddal menyamakan kedudukan 11 minit sebelum perlawanan berakhir.

Peluang Celta untuk bergerak ke zon selamat dari zon penyingkiran tetapi mereka masih mempunyai peluang yang cukup untuk bertahan di La Liga.

Mereka menduduki tempat ke-17, enam mata di atas Real Mallorca, dengan berbaki empat perlawanan.

Betis juga berpuas hati setelah berjaya mengutip satu mata kerana mereka kini sembilan mata di atas pasukan tiga tercorot.

Nolito kembali menyertai Celta bulan lalu, setelah kelab itu diberi izin untuk membeli pemain kerana kecederaan penjaga gol mereka, Sergio Alvarez.

Bekas penyerang Sepanyol dan Manchester City itu menjaringkan gol pada minit ke-22 perlawanan. – AFP