Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtic kembali bersemangat

    WASHINGTON, 24 Mei – Pasukan Boston Celtic, kembali bersemangat berada di gelanggang sendiri, menewaskan Cleveland Cavaliers 96-83 semalam untuk berada hampir dengan satu kemenangan bagi kemaraan dalam NBA Finals.

    Pemain baharu, Jayson Tatum mencatatkan 24 mata bagi mengetuai lima pemain pasukan Boston mencatatkan jaringan dua digit ketika Celtic mendahului kedudukan 3-2 dalam perlawanan best-of-seven Eastern Conference.

    NBA Most Valuable Player sebanyak empat kali, LeBron James telah memberikan pendahuluan kepada Cleveland dengan 26 mata, 10 rebound dan lima asis.

    Tetapi James melihat kedudukan itu jika dia merasa kesan bebanan yang ditanggungnya bagi pasukan Cavs dalam perlawanan playoff, menghasilkan enam dari 15 turnover Cleveland, termasuk empat pada suku kedua.

    “Saya rasa semua pemain pada kedudukan ini berasa letih atau kehausan atau apa pun jua keadaan. Saya dalam keadaan baik,” kata James.

    Jayson Tatum ketika cuba menjaringkan bola keranjang sambil disaksikan oleh LeBron James ketika pertemuan Boston Celtic dan Cleveland Cavaliers, kelmarin. – AP

    Kevin Love, dengan 14 mata, adalah satu-satunya pemain untuk menjaringkan dua digit bagi pasukan Cavs, yang menghoskan perlawanan keenam esok untuk cuba kekal bagi laluan keempat berturut-turut ke final.

    Perlawanan ketujuh, jika diperlukan, akan kembali di Boston pada Ahad.

    James beraksi memburu laluan kelapan gelaran itu, walaupun dia berkata kedudukan itu bukanlah yang difikirkannya.

    “Tidak sama sekali. Ia adalah mengenai kemenangan setiap perlawanan dan ia seharusnya meletakkan kami dalam kedudukan untuk beraksi bagi kejuaraan,” katanya.

    “Kami bersedia bagi mendapatkan peluang untuk perlawanan ketujuh. Ia terserah kepada kami jika kami boleh datang ke sini (Boston) sekali lagi.”

    Pemenang siri itu akan menentang sama ada Golden State Warriors atau Houston Rockets bagi mahkota NBA. Pesaing Western Conference itu terikat 2-2 dalam siri mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda