Celtic mara ke pusingan playoff

PARIS, 13 OGOS – David Turnbull berjaya meledak dua gol ketika Celtic menundukkan FK Jablonec dari Republik Czech dengan keputusan akhir 3-0 dan agregat 7-2 untuk mara ke pusingan playoff Liga Europa, kelmarin.

Celtic mempunyai kelebihan setelah meraih keputusan 4-2 pada pusingan pertama, berjaya memenangi perlawanan di gelanggang lawan di pusingan kelayakan terakhir.

Turnbull, 22, menjaringkan gol pertama pada musim ini selepas 25 minit dan menggandakan jaringan sebelum perlawanan berlalu sejam.

James Forrest kemudian berjaya menambah jaringan buat Celtic pada minit ke-72 untuk membawa pasukan Ange Postecoglou mara ke pusingan playoff menentang AZ Alkmaar dari Belanda.

“Peminat sangat luar biasa, ia seperti yang diperkatakan oleh semua orang. Ia sangat istimewa,” Postecoglou memberitahu BBC.

“Pada masa ini kami ditanya mengenai pemain utama – kami tidak mempunyai skuad yang besar – untuk bermain dengan perlawanan bertenaga di tahap tertinggi.

“Dengan kehadiran peminat telah memberikan sedikit tenaga yang diperlukan.”

Dalam perlawanan lain, selepas bersaing dan mencatatkan keputusan seri 1-1 di Turki minggu lalu, St Johnstone ditewaskan di laman sendiri di tangan Galatasaray 4-2.

Kemenangan agregat 5-3 diraih pasukan yang berpengalaman beraksi di playoff kempen Eropah dengan Randers dari Denmark.

Mbaye Diagne, Kerem Akturkoglu, Sofiane Feghouli dan Emre Kilinc kesemua berjaya menjaringkan gol buat pasukan Turki tersebut. – AFP