Celtic, Red Star cemerlang di pusingan kelayakan

GLASGOW, 19 OGOS – Celtic membelasah juara Iceland, KR Reykjavik 6-0 untuk mara ke pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara bersama bekas pemenang, Red Star Belgrade yang mencatat kemenangan selesa 5-0 ke atas Gibraltar Europa.

Dengan pemenang Liga Juara-Juara musim 2019/2020 akan dinobatkan minggu ini, perlawanan kelayakan akan mengambil tempat dalam peringkat kumpulan bagi kejohanan 2020/2021 dan Celtic tidak menunjukkan sebarang aksi kaku walaupun selepas rehat selama 10 hari dengan dua perlawanan telah ditunda disebabkan pemain bek kiri, Boli Bolingoli telah melanggar perintah kerajaan tidak membuat pengasingan diri selepas perjalanan dari Sepanyol.

Mohammed Elyounoussi membuka jaringan selepas perlawanan bermula lima minit sebelum Arnor Adalsteinsson menjaringkan gol sendiri dan tandukan dari Christopher Jullien telah meletakkan Celtic 3-0 di hadapan sebelum separuh masa.

Greg Taylor, Odsonne Edouard dan Elyounoussi mencatatkan gol pada separuh masa kedua dan mara ke pusingan seterusnya menentang sama ada juara Hungary, Ferencvaros atau pasukan dari Sweden, Djurgardens minggu depan.

“Sangat gembira dengan keputusan dan jumlah jaringan gol yang dicatat untuk meneruskan saingan,” menurut ketua jurulatih Celtic, Neil Lennon.

El Fardou Ben Nabouhane menjaringkan hatrik ketika Red Star mara ke pusingan kedua di Belgrade ketika mereka menyasarkan untuk mara ke peringkat kumpulan untuk musim ketiga berturut-turut. Juara Ireland Utara, Linfield begitu hampir untuk membuat kejutan ketika menentang Legia Warsaw tetapi tewas 1-0 selepas Jose Kante menjaringkan gol lapan minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

Aksi pemain Celtic Mohammed Elyounoussi semasa menjaringkan gol menentang KR Reykjavik dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara.- Agensi