Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtic terkena ‘sihir’ Magic

    LOS ANGELES, 23 Okt – Nikoa Vucevic mencatatkan 24 mata ketika Orlando Magic menewaskan Boston Celtic di TD Garden awal pagi tadi dalam persaingan Persidangan Timur.

    Pemain dari Montenegro, Vucevic juga menghasilkan 12 rebound untuk memastikan kemenangan kedua Orlando musim ini dengan jaringan 93-90.

    Orlando mendahului lebih awal 28-19 pada akhir suku pertama dan mempertahankan pendahuluan 48-45 pada separuh masa.

    Pasukan Magic mengekalkan kedudukan mereka di depan bagi hampir sepanjang perlawanan, dengan Boston tidak dapat memintas pendahuluan ketika Orlando terus bertahan.

    Empat pemain Orlando lain menghasilkan jaringan dua digit pada malam perlawanan itu apabila jaringan dikongsikan oleh pasukan pelawat.

    Jonathan Isaac mencatatkan 18 mata sementara Evan Fournier, 14 mata dan Aaron Gordon 13 mata.

    Boston, yang digambarkan sebagai salah satu skuad pilihan bagi gelaran Persidangan Timur musim ini, bergelut untuk meneruskan kemantapan mereka.

    Kyrie Irving menamatkan dengan 22 mata tetapi ia adalah malam perlawanan yang mengecewakan bagi barisan pasukan Celtic dengan Al Horford hanya mencatatkan 15 mata dan Gordon Hayward 11 mata.

    Pasukan Celtic berpeluang mengikat perlawanan lewat suku keempat tetapi jaringan tiga mata Hayward gagal ketika loceng dibunyikan.

    Dalam perlawanan lain, pasukan Toronto Raptors mengekalkan rekod tanpa kalah awal musim ini dengan kemenangan 127-106 ke atas Charlotte Hornets. Kemba Walker berjaya mencatatkan 26 mata untuk Charlotte tetapi aksi pasukan Raptors terlalu kuat buat pasukan pelawat itu. – AFP

    Pemain Bolton Celtics, Jaylen Brown (kiri) cuba membuat jaringan sambil dihalang oleh Nikola Vucevic dari Orlando Magic semasa perlawanan bola keranjang NBA di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda