Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Celtics akhirnya tersungkur

    LOS ANGELES, 25 OKT – Pasukan Boston Celtics pertama kali kalah pada musim ini selepas menentang Chicago Bulls dengan keputusan 120-102, kelmarin.

    Selepas memulakan musim ini dengan tiga kemenangan berturut-turut, pasukan Celtics pada awalnya dilihat mampu meneruskan kegemilangan mereka selepas mendahului dengan kelebihan 19 mata.

    Namun, pasukan Chicago menukar strategi dengan pantas dan menyekat kemaraan Celtics sekali gus berjaya mengubah keputusan pada penghujung suku kedua, dengan jaringan 35-15.

    Pasukan Bulls kemudian menambah jaringan sebanyak 35 mata pada suku ketiga menjadikan kedudukan mereka selesa dengan kelebihan 21 mata berbanding pihak lawan.

    Pada masa ini, ketua jurulatih sementara Celtics, Mazulla tidak senang duduk dan diarahkan untuk kembali ke bilik persalinan selepas menyokong tindakan pemain Jayson Tatum mempersoalkan keputusan pengadil.

    Malam yang teruk buat Boston menjadi semakin parah selepas Williams juga diarahkan untuk meninggalkan gelanggang pada awal permainan suku keempat selepas bertembung dengan pengadil perlawanan, Cheryl Flores.

    Williams membantah dengan berang sebelum keluar daripada gelanggang dan mengejek pengadil dari bangku penonton.

    DeMar DeRozan menyumbang jaringan terbanyak Chicago dengan 25 mata, disusuli Ayo Dosunmu dengan 22 mata. Zach LaVine menyumbang 19 mata, Nikola Vucevic meraih 18 mata dan Derrick Jones Jr. (10 mata) juga menyumbangkan dua digit jaringan untuk the Bulls.

    Mazzulla mengatakan punca dia dikeluarkan adalah kerana tidak dapat mengawal diri. – AFP

    Aksi DeMar DeRozan bersaing dengan Derrick White semasa dalam perlawanan bola keranjang NBA, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...