Celtics bakal berdepan Warriors di pusingan akhir NBA

MIAMI, 30 MEI – Jaringan 26 mata daripada Jayson Tatum berjaya membawa Boston Celtics mara ke pusingan akhir NBA dengan menewaskan Miami 100-96 kelmarin.

Kemenangan tersebut menetapkan pertemuan mereka menentang Golden State Warriors di pentas akhir nanti.

Boston memenangi perlawanan kelmarin untuk menuntut perlawanan akhir tujuh terbaik Eastern Conference 4-3 dan memastikan tempat dalam siri kejohanan, yang bermula Khamis nanti di San Francisco.

Celtics, yang menyingkirkan juara NBA 2021 Milwaukee dalam tujuh perlawanan, mendahului dari awal hingga akhir tetapi terpaksa menahan serangan Heat pada minit akhir perlawanan untuk mara ke pusingan akhir NBA pertama mereka sejak 2010.

Sementara itu, Boston mara selepas tewas di peringkat akhir Conference tiga kali dalam lima musim lalu.

Aksi Jayson Tatum dari Boston Celtics (kiri) semasa perlawanan ketujuh pusingan Eastern Conference play-off NBA 2022 kelmarin. – AFP

Dalam aksi perlawanan kelmarin, Tatum yang turut melakukan 10 rebounds dan enam assists, dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Eastern Conference.

Manakala Marcus Smart dan Jaylen Brown masing-masing menambah 24 mata untuk Boston manakala Jimmy Butler mengetuai Miami dengan 35 mata.

Miami, pilihan utama Eastern Conference, terlepas peluang pada perjalanan kedua NBA finals dalam tiga tahun dan gelaran pertama sejak 2013.

Golden State dan Celtics berkongsi kemenangan dalam dua perlawanan pada musim biasa, dengan kemenangan 111-107 pada Disember di Boston dan tewas 110-88 pada Mac di tempat sendiri apabila Stephen Curry cedera.

Boston tidak pernah mara ke pusingan akhir sejak tewas 12 tahun lalu kepada Los Angeles Lakers. Manakala Celtics pula tidak pernah memenangi mahkota NBA sejak 2008.

Warriors, di pusingan akhir NBA untuk kali keenam dalam tempoh lapan tahun, memburu gelaran keempat mereka dalam tempoh itu dan yang pertama sejak 2018. – AFP