Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Celtics bangkit daripada ketinggalan

    MIAMI, 15 JAN – Jayson Tatum menjaringkan 33 mata ketika Boston Celtics bangkit daripada ketinggalan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas NBA Eastern Confe-rence kelmarin dengan kemenangan 122-106 ke atas Charlotte Hornets di gelanggang lawan.

    Celtics merupakan pasukan pilihan menjelang pertemuan tersebut dengan rekod enam kemenangan berturut-turut menentang Hornets dan mengukuhkan kedudukan dengan 11 kemenangan.

    Namun Boston dikejutkan dengan persembahan penuh yakin daripada Charlotte pada separuh masa pertama, yang pada satu peringkat mendahului 16 mata dengan keputusan 58-42 pada suku kedua.

    Boston berjaya merapatkan jurang kepada empat mata pada separuh masa, dengan Charlotte masih di depan dengan 66-62. Celtics kemudian bangkit daripada ketinggalan selepas separuh masa.

    Celtics mendahului Charlotte 33-19 pada suku ketiga untuk mengubah keputusan perlawanan dan mengekalkan kedudukan sehingga suku terakhir.

    Malcolm Brogdon menjaringkan 30 mata untuk Boston, sementara Al Horford menambah 16 mata dan Marcus Smart mencatat 13 mata.

    Sementara itu, LaMelo Ball merupakan penjaring terbanyak buat Hornets dengan 31 mata.

    Dalam perlawanan berasingan kelmarin, Memphis Grizzlies meraih kemenangan kesembilan berturut-turut selepas menewaskan Indiana Pacers 130-112. Kemenangan tersebut membawa Memphis berkongsi kedudukan dengan Denver di puncak Western Conference, di mana kedua-dua pasukan mencatatkan 29-13.

    Desmond Bane menjaringkan lima percubaan tiga mata daripada 25 mata yang diraihnya, sementara Ja Morant menamatkan perlawanan dengan 23 mata dan 10 assist untuk memberikan kemenangan kepada Memphis.- AFP

    Aksi Jayson Tatum cuba melepaskan diri daripada kawal pemain lawan dalam pertemuan menentang Hornets, baru-baru ini.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...