Celtics bangkit tewaskan Heat

MIAMI, 20 SEPT – Boston Celtics kembali bangkit kelmarin, mendahului dari mula hingga akhir dalam kemenangan 117-106 ke atas Miami Heat yang merapatkan kedudukan dalam final Eastern Conference NBA daripada dua perlawanan kepada satu.

Jaylen Brown menjaringkan 26 mata dan Jayson Tatum menambah 25 mata dan 14 rebound buat Celtics, yang mengelak dari kekalahan 0-3, yang mana pasukan NBA tidak pernah kembali bangkit untuk memenangi siri playoff terbaik dari tujuh perlawanan.

Selepas terlepas 17 mata pendahuluan dalam perlawanan kedua yang menyebabkan mereka ditewaskan pada Khamis lalu – perlawanan kedua berturut-turut mereka mensia-siakan peluang untuk mendahului dengan dua angka sehingga tewas dalam perlawanan – pemain Celtics dapat didengar bertelingkah dalam bilik lokar mereka.

Tetapi mereka kembali bersatu kelmarin, menunjukkan misi mereka di gelembung kuarantin NBA di Orlando, Florida, dan mengekalkan ketenangan mereka tatkala Heat merapatkan jurang 20 mata yang ketinggalan pada suku ke empat hanya kepada lima mata dengan perlawanan berbaki kurang dari satu minit perlawanan.

Marcus Smart, yang mencatat rekod sempurna 10 daripada 10 dalam lontaran percuma, menjaringkan mata menerusi lontaran percuma dan Celtics bertahan untuk meraih kemenangan.

“Ketinggalan 0-2 dalam siri, kami bermain dalam perlawanan yang kami rasa kami patut bermain dengan lebih baik,” kata Brown. “Kami mahu memberikan fokus untuk turun malam ini dan bermain selama 48 minit, dan kami berjaya melakukannya”. Pemain tengah, Bam Adebayo mengetuai Heat dengan 27 mata, 15 rebound dan tiga steal. Pemain baharu, Tyler Herro menjaringkan 22 mata untuk Miami dan pemain bintang, Jimmy Butler menjaringkan 17 mata.

Tetapi Boston mendahului Miami dengan 60-36 semasa perlawanan dan mengekang Heat kepada hanya 38.9 peratus percubaan semasa permainan.

“Mereka berjaya melakukannya, dengan tentangan hebat semasa dalam perlawanan,” kata jurulatih Heat, Erik Spoelstra. “Kita harus berikan pujian kepada mereka”. – AFP

Reaksi pemain Boston Celtics, Jaylen Brown berdepan dengan pemain Miami Heat, Jae Crowder. Boston Celtics kembali bangkit untuk mencatat kemenangan ke atas Miami Heat. – AP