Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Celtics hampiri final NBA

    MIAMI, 26 MEI – Jaylen Brown menjaringkan 25 mata dan Jayson Tatum menambah 22 mata ketika Boston Celtics melangkah ke ambang pusingan akhir NBA kelmarin dengan menewaskan Miami 93-80.

    Tatum menghasilkan 12 rebounds dan sembilan assists ketika pasukan pelawat Celtics memperoleh kelebihan 3-2 dalam siri akhir tujuh terbaik Eastern Conference, yang bersambung di Boston kelmarin.

    Persaingan sengit bermula pada lewat suku ketiga dan awal pada suku keempat, apabila Celtics mencipta jaringan 24-2 dan Brown menjaringkan 13 mata dalam sekelip mata dengan tambahan tujuh mata daripada Tatum.

    Celtics menguasai suku ketiga, mengatasi Miami 32-16 dan menutup suku itu dengan jaringan 10-0 untuk mendahului 69-58 sebelum memasuki suku keempat.

    Miami melakukan rembatan 4-for-22 pada suku ketiga.

    Aksi Jayson Tatum dari Boston Celtics (kanan) semasa perlawanan kelima pusingan Eastern Conference play-off NBA 2022 kelmarin. – AFP

    Boston kemudiannya membuka suku keempat dengan jaringan 14-2 untuk merebut kedudukan 83-60. Celtics bertindak menyekat Miami dari sana apabila slam dunk yang keras daripada Brown menghalang Heat dari mengawal rentak permainan hingga minit terakhir.

    Bam Adebayo mengetuai Miami dengan jaringan 18 mata dan 10 rebounds.

    Marcus Smart dari Boston tetap bermain walaupun mengalami kecederaan pada buku lali kanan akibat terseliuh dan rakan sepasukan Robert Williams turut berada di gelanggang meskipun mengalami kecederaan pada lutut kiri.

    Smart mengumpul lima mata, lima rebounds dan empat assists serta gerakan pertahanan yang kukuh manakala Williams menyumbang enam mata, 10 rebounds dan tiga blok.

    Heat mendahului 42-37 pada separuh masa. Sementara itu, Adebayo mendahului Miami dengan 10 mata manakala Derrick White menjaringkan 11 mata selepas diturunkan daripada bangku simpanan Boston. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...