Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Celtics kekalkan harapan kejuaraan

    LOS ANGELES, 26 MEI – Boston melakukan 16 jaringan tiga mata semasa kemenangan dominan 110-97 ke atas Miami Heat kelmarin yang memastikan Celtics terus hidup dalam mengejar kejuaraan NBA.

    Dalam perlawanan kedua berturut-turut, Celtics berhasil mengelak penyingkiran dengan mengurangkan defisit dalam perlawanan akhir tujuh terbaik Western Conference kepada 3-2 dengan kemenangan bertali arus.

    Miami masih mempunyai peluang untuk menamatkan siri itu apabila mereka menjadi tuan rumah perlawanan keenam pada Sabtu.

    Celtics akan cuba mengambil satu langkah menjadi pasukan NBA pertama yang bangkit daripada defisit 3-0 untuk memenangi siri playoff terbaik daripada tujuh perlawanan.

    “Satu-satunya perkara yang boleh menghalang kami ialah diri kami sendiri,” kata penyerang Celtics, Jaylen Brown semasa temu bual di gelanggang.

    Aksi Jayson Tatum semasa separuh masa kedua dalam Pelawanan ke-5 bola keranjang NBA Eastern Conference di Boston, 25 Mei. – AP

    Di hadapan penonton di TD Garden di Boston, Celtics kelihatan seperti pasukan pilihan sebagaimana sebelum siri perlawanan mereka bermula, sebelum Heat, pasukan pilihan kelapan, yang baharu memenangi dua perlawanan pertama di Boston, kemudian memalukan pasukan pilihan kedua dalam perlawanan ketiga.

    Empat pemain utama Celtics menjaringkan lebih daripada 20 mata, dengan Derrick White memimpin dengan 24 mata pada malam tersebut apabila dia berjaya menjaringkan enam daripada lapan percubaan jaringan tiga mata.

    “Mendapat peluang yang baik dan dapat menjaringkannya, dan hanya meneruskannya,” kata White, yang menyatakan bahawa tumpuan pertahanan Heat terhadap Brown dan bintang sayap Jayson Tatum memberinya lebih banyak ruang untuk beraksi.

    Marcus Smart menyumbang 23 mata dan mencuri lima bola, manakala Brown dan Tatum masing-masing menjaringkan 21 mata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...