Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Celtics teruskan rekod kemenangan berganda

    LOS ANGELES, 17 NOV – Pemain simpanan Boston membantu Celtics memanjangkan rekod kemenangan lapan kali berturut-turut dalam perlawanan menentang Hawks dengan keputusan 126-101, baru-baru ini.

    Jaylen Brown mendahului Celtics dengan 22 mata dan Jayson Tatum (JT) menambah 19 mata.

    Namun Brown menyatakan 44 mata yang disumbangkan oleh pemain simpananlah yang telah membantu mereka untuk menang.

    “Mereka telah menang permainan,” kata Brown selepas Sam Hauser dan Luke Kornet masing-masing menjaringkan 15 mata dan Payton Pritchard menambah 14.

    “Saya dan JT bermain dengan baik, namun pemain simpanan kami yang membawa kami dan pasukan ke arah kemenangan.”

    Brown berkata pemain simpanan tersebut menggantikan ketiadaan Marcus Smart dan Malcolm Brogdon yang mengalami kecederaan.

    Trae Young menyumbangkan 27 mata untuk the Hawks, namun pendahulu liga, Celtics mengekang Atlanta dengan 41.6 peratus cubaan dalam aksi dominan mereka.

    “Kami cuma bermain permainan itu dengan cara yang betul. Kami main dengan kemas, kami cuba untuk libatkan semua orang. Kami mempunyai pasukan yang hebat dari bawah ke atas.” – AFP

    Aksi Jaylen Brown (kanan), bersaing dengan AJ Griffin dalam perlawanan bola keranjang antara Boston Celtics dan Atlanta Hawks di Atlanta, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...