Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Celtics tundukkan Bulls

    LOS ANGELES, 10 JAN – Jayson Tatum menjaringkan 32 mata untuk membantu Boston Celtics menewaskan Chicago Bulls kelmarin dan mencapai sasaran pertengahan musim mereka dengan rekod terbaik dalam liga.

    Grant Williams menambah 20 mata, Jaylen Brown menjaringkan 19 mata manakala Al Horford lapan mata termasuk tiga mata penting dengan baki 25.5 saat dalam kemenangan 107-99 Boston di halaman sendiri.

    Celtics melonjakkan rekod mereka kepada 29-12 selepas 41 perlawanan pertama mereka dalam kempen 82 perlawanan.

    Sementara itu, Denver dan Memphis kekal di kedudukan teratas West Conference, Nuggets menewaskan Lakers 122-109 dan Grizzlies menewaskan San Antonio Spurs 121-113.

    Boston, yang dikejutkan oleh Oklahoma City Thunder dan terpaksa menghalang Spurs yang kembali bangkit di gelanggang lawan baru-baru ini, sekali lagi melepaskan kelebihan besar namun berjaya bertahan.

    Aksi Jayson Tatum (kanan) semasa separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA, kelmarin. – AP

    Selepas bintang Chicago DeMar DeRozan mengalami kecederaan paha pada suku ketiga, Celtics melebarkan kelebihan mereka kepada 16 mata hasil hasil aksi mantap Tatum.

    Tetapi Bulls, dengan Zach LaVine menjaringkan 15 mata daripada 27 mata pada suku keempat, mengurangkan defisit kepada dua mata pada minit terakhir.

    Jaringan tiga mata Horford, daripada umpanan Tatum, melonjakkan pendahuluan kepada lima mata dengan baki 25.5 saat dan selepas LaVine tersasar jaringan tiga mata Tatum melontar dunk, membuat kekasaran dan membuat balingan percuma dengan Boston merangkul kemenangan.

    “Ini semua tentang mempercayai rakan sepasukan awda,” kata Tatum mengenai hantaran kepada Horford.

    Tatum berkata walaupun rekod sederhana Chicago 19-22 ia merupakan kemenangan yang baik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...