PENYANYI Lee Hyori mengakui dia tidak mempunyai ramai kawan dalam kalangan selebriti terutamanya wanita.
Ini kerana kata Hyori persaingan dan sikap cemburu menjadi punca kepada perkara itu kerana masing-masing mempunyai agenda dan sasaran tertentu dalam karier masing-masing.
Hyori membuat pendedahan itu ketika berbual dengan penyanyi IU menerusi program realitinya, Hyori Home Stay.
“Saya memang tidak mempunyai ramai kawan selebriti malah jika ada apa-apa program atau acara anugerah saya sering hadir seorang diri.
“Bukannya apa saya tidak tahu hendak mengajak siapa kerana tiada kawan selebriti,” katanya seperti dipetik dari laporan Koreaboo.
